19 Oct 2011 | 03:30 | 0 comments
Siapa sahaja yang pernah merasakan semuanya tahulah betapa peritnya yang menyakitkan sukar untuk dilupakan. Bak kata pepatah “sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak dibalas”, namun yang menjadi persoalan kenapa kita membenci seseorang itu tapi merindukannya pada masa yang sama? Bagaikan dunia ini kita hanya keseorangan begitu sempitnya kita kena melaluinya.
Orang yang paling boleh menyakitkan kita hanyalah si dia yang kita cintai. Ramai beranggapan mudah untuk mencari pengganti baru di hati kita namun itu semua perkara yang paling susah untuk kita lakukan kerana cinta tidak semudah untuk dicari dan ia wujud dengan sendiri. Sesetengah orang hilang kewarasan dalam berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada di antara kita mengambil jalan mudah untuk melupakan semua itu dengan sanggup membunuh diri. Seperti kata orang “dunia akan terkejut apabila seseorang itu membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak terkejut akan kematian seseorang itu kerana membunuh diri akibat putus cinta”. Oleh itu, ramai orang membunuh diri akibat cinta tidak kesampaian.
Inilah akibat cinta nafsu. Selain itu, kesan ini juga kerana ada pasangan kekasih yang sanggup mengorbankan mahkota kehormatan demi insan yang menjanjikan sehidup semati dengan mereka. Namun mereka ditinggalkan dengan kejam tanpa ada yang bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Ketahuilah bahawa seseorang yang pernah gagal dalam percintaan,berkemungkinan dia akan melihat kebahagiaan di laksana pelangi. Tidak pernah di mindanya memikirkan tentang dirinya tetapi di mindanya sentiasa ada si dia.
Putus cinta adalah bukti tiada bukti cinta sejati kecuali cinta yang diasakan oleh cinta Allah. Mungkin perpisahan ini terjadi berpunca pihak disana atau pihak disini? Mungkin tidak mendapat restu orang tua? Mungkin kehadiran orang ketiga? Pelbagai alasan diberikan. Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah permulaan yang baik dalam hidup kita menangani dengan positif. Janganlah merasakan diri begitu malang kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Tetapi percayalah kita tetap ada Allah yang tidak pernah meninggalkan kita walau sedetik pun. Anggap sahaja semua ini satu pengajaran dalam hidup kita untuk kita teruskan perjalanan hidup. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan. <3